
Jika dibandingkan OnePlus dengan jenama pengeluar lain, mereka bolehlah dikatakan amat muda, mereka hanya mempunyai 3 peranti yang telah berada di pasaran. Namun, walaupun dianggap baru dan berprofil kecil, tiada siapa yang mampu menyangkal potensi syarikat ini, kerana rekod OnePlus membuktikan bahawa mereka memang mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar.
Dikenali sebagai jenama yang menawarkan spesifikasi flagship pada harga rendah, kini OnePlus telah kembali dengan model terbaru, OnePlus 3 Ia mempunyai perkakasan berprestasi tinggi seperti cip pemprosesan Snapdragon 820, GPU Adreno 530, ruangan storan sehingga 64GB dan yang paling menarik adalah RAM 6GB.
Untuk bahagian optikal pula, OnePlus 3 menggunakan kamera utama 16 megapiksel dengan sokongan OIS dan PDAF serta kebolehan rakaman 4K. Kamera hadapan pula dilengkapi lensa 8 megapiksel. OnePlus 3 dijual pada harga USD 399 (RM 1631.33) dan kali ini OnePlus menghentikan sistem jemputan, sebaliknya kini semua orang boleh mendapatkan peranti ini dengan mudah.