
WhatsApp Akan Terus Menyokong Peranti Android Lama Sehingga Tahun 2020
Peranti Android lama tidak menerima nasib malang seperti peranti keluaran BlackBerry yang akan tamat tidak lama lagi. Ini kerana, platfom Android adalah sistem operasi paling utama digunakan di dunia. Pengesahan ini juga dibuat oleh WhatsApp sendiri yang nyata dimiliki oleh Facebook di laman sesawang rasmi mereka baru-baru ini.
Aplikasi sembang sosial WhatsApp boleh terus diguna oleh anda yang menggunakan telefon pintar Android lama yang mana telah dilanjutkan dari tahun 2016. Ia juga menyokong pada Android versi 2.3.7 dan sebelumnya sehingga 1 Februari 2020 kelak.
Namun, pengguna peranti lama perlu ingat bahawa WhatsApp tidak akan menawarkan ciri-ciri baru kepada anda kerana ia hanya menyokong pada platfom baru sahaja.