Twitter Dengan Night Mode

6.2Taylor Wimberly, seorang staf Huawei mendapati aplikasi Twitter beliau menunjukkan paparan yang pelik, antaramuka yang biasanya menggunakan warna putih bertukar menjadi gelap dan menurut beliau perubahan tersebut berlaku pada waktu malam. Nampaknya aplikasi versi Alpha beliau mempunyai night mode, satu fungsi yang sebenarnya sudah lama diminta pengguna, namun hanya aplikasi pihak ketiga sahaja yang menawarkan fungsi tersebut sebelum ini.

Night mode adalah satu fungsi yang editor rasakan patut ada pada semua aplikasi, ia memberikan keselesaan kepada pengguna apabila melihat skrin ketika di dalam cahaya malap, Namun ketika ini tidak banyak pembina aplikasi menawarkan fungsi tersebut, dan Twitter hanya mencuba mod ini pada versi Alpha, tidak dapat dipastikan sama ada mod ini akan hadir secara rasmi.

Adakah anda peminat night mode? Cuba kongsikan pendapat anda.

You might also like