
Leaked : Acuan Pembuatan iPhone 7
Seperti biasa, orang akan memperkatakan dan menyebarkan desas desus tentang peranti iPhone yang bakal tiba. Para pemerhati dunia teknologi dan peminat Apple menggali setiap sudut Internet bagi mendapatkan gambar dan maklumat bocor berkenaan iPhone 7.
Terbaru yang muncul adalah gambar yang dikatakan kemungkinan besar acuan pembuatan yang akan digunakan dalam penghasilan kerangka iPhone 7. Tidak banyak yang dapat dilihat dalam imej leaked ini melainkan spesifikasi kamera, acuan sebelah kiri yang dikatakan milik model 4.7 inci memperlihatkan kamera satu lensa, manakala model 5.5 inci (sebelah kanan) hadir dengan kamera dua lensa, ia menguatkan lagi desas desus sebelum ini.
Pelan skema juga muncul yang menunjukkan iPhone 7 hadir dengan komponen Smart Connectors. Apa-apa pun kita harus tunggu pengumuman dari Apple yang dijangka akan dilakukan sekitar September ini.