Pertandingan Servis Streaming Semakin Sengit! Spotify Memperkenalkan Harga Pelan Keluarga Baru

8.1Servis muzik streaming Spotify merupakan salah satu nama yang melonjakkan industri muzik streaming di dunia dan mereka masih memegang takhta tersebut. Namun semakin banyak servis mula muncul yang memberikan pengguna pelbagai pilihan alternatif. Ia mungkin senario yang tidak bagus untuk Spotify, tetapi amat bagus untuk kita sebagai pengguna.

Situasi ini akan menyebabkan pembekal perkhidmatan bersaing dari segi harga dan penawaran fungsi. Kini Spotify mengumumkan harga baru bagi pelan keluarga mereka iaitu RM 22.40, ianya separuh lebih murah berbanding harga sebelum ini.

8.2Pelan keluarga Spotify membolehkan 6 pengguna berkongsi satu akaun utama, dan kepada mereka yang ingin menggunakan servis Spotify secara berkelompok, inilah waktu yang terbaik.

Untuk perbandingan, iTunes Music pelan keluarga ditawarkan pada harga RM 24.71.

You might also like