Redmi Note 8 Kini Rasmi Pada Harga bermula Dari RM589 – Hadir Dengan 4 Kamera & Pemproses Snapdragon 665

Ini satu lagi peranti yang diperkenalkan iaitu Redmi Note 8 yang mana ia bakal dijual pada harga RM589.

Redmi Note 8 bakal tampil dengan skrin 6.3″ IPS LCD Full HD+ yang memberikan kepuasan paparan kepada pengguna. Ia turut dihadirkan dengan Corning Gorilla 5.

Berbeza dengan Redmi Note 8 Pro, peranti ini tampil dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 665 AEI dan di padankan dengan RAM sebesar 4GB/6GB dan storan sebesar 64GB/ 128GB.

Turut melengkapi adalah sistem operasinya adalah Android 9 Pie + MIUI 10. Ia turut menggunakan Adreno 610 yang memberikan grafik yang mempersona.

Aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP. manakala bagi kamera hadapan pula ialah 13MP.

Bateri juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 4000mAh dengan pengecasan 18W.

Dihadirkan dengan 3 warna iaitu Biru, Putih dan Hitam. Berikut adalah harga jualan peranti ini:

  • 4GB+64GB: RMB999 (kira -kira RM589)
  • 6GB+64GB: RMB1199 (kira-kira RM707)
  • 6GB+128GB: RMB1399 (kira-kira RM825)

____________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like