
Bermula dari 17 November, Grab menjanjikan sesuatu yang hebat buat anda. Tiada lagi masalah mendapatkan pemandu ridesharing terutamanya ketika waktu kemuncak. Melalui kempen 100% Ride Guarantee, Grab menjemput anda menggunakan servis mereka di kawasan Bangsar, KL Sentral, Mont Kiara, Sri Hartamas, Bandar Utama, Taman Tun Doktor Ismail, Damansara Uptown, dan juga kompleks membeli belah terkenal seperti Mid Valley Megamall, The Gardens, Publika dan 1 Utama.
Anda cuma perlu lancarkan aplikasi Grab dan pilih GrabCar (Economy), kemudian masukkan lokasi pick up dan drop off dan disusuli book. Jika anda tidak berjaya mendapatkan pemandu dalam dua percubaan berturut-turut, Grab akan menghadiahkan kod promosi yang menawarkan anda ride percuma bernilai RM8.
Untuk menjadikan kempen ini lebih menarik, Grab menawarkan promosi kepada pengguna di Lembah Klang yang membolehkan anda mendapatkan diskaun RM5 bagi dua trip perjalanan. Promosi istimewa ini bermula pada 17 November sehingga 23 November 2016.