Inkwire, Kawalan Jauh Smartphone Anda

1-iconPernah terjadi di mana ahli keluarga atau rakan meminta pertolongan anda apabila mereka menghadapi masalah pada smartphone mereka? Saya tahu amat sukar untuk memberikan arahan dan cara-cara pertolongan dengan hanya menggunakan teks atau panggilan, dan adalah lebih baik jika anda sendiri melihat apakah masalah yang dihadapai smartphone mereka. Kini anda boleh mengawal smartphone mereka dari jauh melalui aplikasi Inkwire.

editPaling penting adalah smartphone anda dan rakan anda perlulah mempunyai aplikasi ini, kemudian bagi setiap sesi kawalan, satu kod khas akan dikeluarkan untuk anda dan rakan anda perlulah memasukkan kod tersebut ke dalam peranti mereka bagi memberikan akses kepada anda. Kemudian dengan mudah sahaja anda boleh mengawal peranti tersebut dari jauh dan melihat apakah masalah yang dihadapi peranti tersebut.

Muat Turun:

You might also like