[Tertiris] Peranti Misteri vivo Dengan Skrin Penuh Tanpa ‘Rongak’

Bulan lalu, vivo telah melancarkan peranti dengan pengimbas cap jari pada skrin pertama di dunia iaitu vivo X20 Plus UD. Terbaru, sumber daripada Weibo telah berkongsi sekeping gambar menampakkan vivo kali ini cuba untuk menghasilkan peranti dengan skrin penuh seakan iPhone X tanpa ‘rongak’ pada bingkai atas. Ia disahkan sebuah peranti vivo menerusi antaramuka pada skrin.

Dengan skrin penuh di bahagian depan, ia sekaligus menjadikan peranti ini memiliki nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 100 peratus. Apa yang boleh dilihat pada gambar ini, peranti misteri ini memiliki bingkai yang nipis di sekeliling skrin kecuali pada bingkai bawah yang sedikit tebal. Memandangkan vivo telah berjaya menghasilkan peranti dengan pengimbas cap jari pada skrin, tidak mustahil peranti misteri ini juga mungkin akan memperkenalkan ciri tersebut.

Oleh kerana gambar yang tertiris agak gelap dan tidak jelas, ia masih belum boleh dipastikan sama ada kamera depan terletak di bahagian dagu ataupun tidak. Teknologi speaker earpiece pula mungkin diletakkan di sebalik skrin seperti peranti Xiaomi Mi Mix sebelum ini.

Sumber

You might also like