
Peranti Kelas Permulaan – Samsung Galaxy A01 Dilancarkan Secara Senyap!
Masih tinggal 12 hari sahaja untuk menutup tirai tahun 2019, namun Samsung masih bergiat lagi melancarkan peranti baharu. Minggu lepas baru sahaja memperlihatkan ketibaan Galaxy A71 dan A51, kini merekan melancarkan satu lagi model baharu yang diletakkan pada kelas permulaan iaitu Galaxy A01.
Penamaan kali ini agak lain dengan barisan model dari Samsung, mungkin disebabkan ia adalah peranti kelas permulaan jadi tidak banyak pengumuman dibuat oleh pihak Samsung. Galaxy A01 hadir dengan skrin bersaiz 5.7” HD bertakuk Infinity-V, dijana oleh cip pemproses Octa-core 1.95GHz bersama 2GB RAM dan 16GB ROM yang masih boleh dikembangkan lagi storan sehingga 512GB melalui kad microSD.
Bahagian kamera meletakkan 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) di panel belakang dan 5MP kamera swafoto 5MP (f/2.0), bateri pula dimuatkan dengan kapasiti 3,000mAh dan terdapat 3 pilihan warna antaranya hitam, merah dan biru. Harga masih tidak diketahui lagi, sama juga pada tarikh jualan dan negara yang dipasarkan.

