Honor 6A – Kerangka Logam Dengan Android Nougat

Honor sekali lagi memperkenalkan peranti terbaru mereka yang diberi nama Honor 6A, dengan harga jualan yang rendah tetapi memiliki spesifikasi yang baik seperti set cip Snapdragon 430, RAM 2GB dan storan 16GB. Sistem operasinya pula menggunakan Android Nougat dan kerangka lapisan logam menjadikan harganya USD115 (lebih kurang RM495).

Honor 6A disaratkan dengan bateri besar iaitu 3,020mAh bersama paparan skrin 5 inci 720p seterusnya memberikan masa mengguna yang lebih lama. Kamera di bahagian belakang sedia dengan 13 Megapiksel yang mampu merakam video berkualiti 1080p, turut diletakkan di bawahnya ialah pengimbas cap jari dengan kelajuan 0.5 saat. Kamera depan pula hadir dengan 5 Megapiksel di samping menyokong rangkaian 4G LTE dan VoLTE.

Akhir sekali, Honor 6A juga menawarkan varian atasan pada harga USD145 (kira-kira RM625) dengan memori yang berbeza iaitu RAM sebesar 3GB dan storan sebanyak 32GB. Kedua-dua model ini diberi pilihan warna perak dan emas sahaja buat masa ini.

Honor tidak menyatakan sama ada Malaysia menerima atau tidak. Harap-harap masuk sebabnya memang berbaloi betul!

You might also like