Honor Play Tab 2 – Dua Saiz Berbeza Diperkenalkan

Bukan sahaja Honor 6A dilancarkan, malah Honor juga menampilkan tablet baru Honor Play Tab 2 dengan dua saiz paparan berbeza iaitu 8 inci dan 9.6 inci.

Diikuti dengan spesifikasi dalaman seperti cip kuasa Snapdragon 425 empat teras 1.4GHz, dioperasikan oleh  Android Nougat terkini. Sokongan penggambaran tetap dibekalkan dengan kamera belakang beresolusi 5 Megapiksel, sementara kamera depan hanya 2 Megapiksel.

Honor Play Tab 2 hadir dengan tiga versi, harga bermula CNY799 (kira-kira RM499) sehingga CNY1,499 (kira-kira RM936)

  • WiFi, RAM 2GB, storan dalaman 16GB
  • LTE, RAM 2GB, storan dalaman 16GB
  • LTE, RAM 3GB, storan dalaman 32GB

Semua versi ini menyokong slot memori tambahan microSD, versi sambungan LTE memiliki dua slot SIM. Perbezaan antara kedua-dua model ini, paparan yang bersaiz 8 inci menggunakan orientasi potret manakala Honor Play Tab 2 bersaiz 9.6 inci pula lebih kepada landskap. Kapasiti bateri dimuatkan dengan 4,800 mAh pada dua model ini.

You might also like