
Xiaomi merupakan salah satu jenama yang semua orang gemari. Syarikat ini menawarkan peranti yang bagus pada harga ekonomi, dan bukan setakat itu sahaja, jenama Xiaomi juga merangkumi pelbagai perkakasan teknologi seperti kelengkapan rumah, autombil dan lain-lain.
Pada laman Facebook Xiaomi Malaysia, mereka telah memuat naik video teaser di mana mereka menyingkap sedikit informasi berkenaan peranti yang akan dilancarkan esok. Dari apa yang kami lihat, seperti jangkaan kami setakat ini bakal menjadi nyata dengan Xiaomi Malaysia akan melancarkan Redmi Note 4. Jangan lupa nantikan berita rasmi dari kami esok.


