
Tempahan Awal Telefon MOQI Phone Dibuka, Harga Bermula Dari RM1,638

1 lagi peranti gaming bakal menjengah pasaran iaitu MOQI Phone. Tempahan bagi telefon ini telahpun dibuka dan telefon ini bakal dijual pada harga USD399 (kira-kira RM1,638).
Justeru bagi memastikan hal ini dapat direalisasikan, pihak mereka telah berkoloborasi bersama laman sesawang Indiegogo untuk mengumpul dana bagi memastikan MOQI Phone dapat dilaksanakan.
Peranti gaming ini memberikan pemfokusan golongan yang gemar bermain game retro melalui emulator.

Peranti ini dihadirkan dengan CPU Snapdragon 710. Dari aspek memori pula, ia disertakan dengan RAM 6GB dan storan 64GB. Di bahagian mukanya, tersedia dengan paparan sebesar 6 inci beresolusi penuh. Bagi kapasiti bateri pula, ia dihadirkan dengan 6000mAh.

Keunikan pada telefon ini dapat dilihat pada butang-butang yang disertakan pada telefon ini yang pastinya akan memudahkan anda untuk bermain permainan mudah alih. Disertakan dengan kuadbutang bersilang, sepasang joystick, dan sepasang butang bahu. Kesemua ini boleh diprogramkan berdasarkan permainan yang dimainkan.
Penghantaran telefon ini dijangka akan dilakukan pada bulan Mac 2019.
Baca juga:
- 500 Unit ASUS ZenFone Max M2 Habis Terjual Dalam Masa 30…
- 11 Juta Bateri iPhone Telah Ditukar Pada Tahun 2018
- Maybank Akan Guna Secure2U, Gantikan SMS TAC Pada Semua Transaksi
- CES 2019: HONOR View20 Terima 11 Anugerah

