
11 Juta Bateri iPhone Telah Ditukar Pada Tahun 2018

Pada tahun 2018, iPhone telah mencatatkan sebanyak 11 juta bateri telah ditukar dalam program penukaran bateri yang telah dilakukan oleh Apple.
Menurut 1 laporan daripada 9to5Mac, Jumlah ini meningkat sebanyak 11 kali ganda berbanding tahun-tahun sebelum ini yang mencatatkan jumlah sebanyak 1 hingga 2 juta setahun.
Dalam program tersebut, bateri yang ditukar akan dikenakan bayaran sebanyak RM121 dengan diskaun sebanyak 65% dari harga asal iaitu RM349.
Program tersebut telah berlangsung di seluruh dunia. Jika di Malaysia, Switch dan Machine yang telah menguruskan program berkenaan.
Baca juga:
- Gambaran Awal iPhone XI 2019 Tersebar, Sokong Sistem Tri-Kamera Utama?
- Remaja Jual Ginjal Kerana iPhone Kini Kritikal Dan Bergantung Pada Mesin Dialisis
- Apple Akhirnya Tampil Paparan Skrin Berlubang Pada iPhone 2020?!

