Pembelajaran Lebih Efektif & Efisien Dengan JOI® Smartboard! Kini Semua Benda Di Hujung Jari Sahaja!

Mewujudkan kegiatan pembelajaran yang efektif dan efisien bukan satu perkara yang mudah, tetapi ianya tidak mustahil. Yelah kan, dunia makin maju semua benda dihujung jari. Begitu juga dengan pendidikan, kini berkembang maju dengan berbagai penawaran produk berteknologi tinggi seiring kehendak industri.

Tapi, bukan senang nak dapatkan yang terbaik. Eh! Siapa kata macam tu? Kita sedia maklum, SNS Network (M) Sdn Bhd kini bergiat aktif dalam mengadakan JOI® Smart Classroom –  pendekatan pembelajaran yang fleksibel dengan persekitaran berbeza. Tapi, apa yang menjadikannya suatu yang unik dan berbeza?

Menariknya, program ini mengunakan alternatif pembelajaran bersesuaian dengan trend digital terkini – menerusi penggunaan JOI® Smartboard. Korang pernah tak dengar pasal JOI® Smartboard? Sesuai dengan namanya, JOI® Smartboard harus dipuji kerana berupaya merubah landskap pendidikan negara ini ke arah yang lebih baik.

JOI® Smartboard merupakan sebuah papan sesentuh pintar berasaskan LCD yang bersifat interaktif. Melaluinya, korang boleh berkongsi pelbagai bahan pembelajaran dengan lebih dinamik – kandungan dan mod paparan boleh ditukar secara real time. Pengguna juga boleh menarik atau memuatkan imej dengan mudah.

Keseluruhan JOI® Smartboard dikawal dengan tepat oleh Intel® Core™ Processor – bagi merealisasikan pengalaman lebih menyeronokkan sepanjang waktu pembelajaran. Tidak cukup dengan itu, ia juga menggunakan skrin 4K UHD LED dengan resolusi mencecah 3840 x 2160 piksel untuk persembahan grafik bersama efek terbaik.

Paparan ini menyokong sehingga 20 titik sentuh (10 titik untuk menulis & 20 titik sentuh) dengan pelbagai pilihan saiz mengikut kesesuaian penggunaan – 55”/65”/70”/75”/86”.

Produk keluaran JOI® sememangnya direka dengan kebolehpercayaan yang tinggi bersama ketahanan jangka hayat  terbaik. Ia juga dibekalkan sesuatu yang sangat hebat dan mampu memberikan hasil luar biasa.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai produk – produk menarik lain daripada JOI®, boleh hubungi talian 1700 – 817- 616, atau layari laman rasmi JOI®.

 

 

You might also like