Lebih Dari 1000 Unit realme 6i Habis Terjual Pada Hari Pertama Jualan Atas Talian!!!

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila peranti terbaharu daripada realme iaitu realme 6i (3GB + 64GB) yang dijual secara atas talian bermula 23 April telah terjual melebihi 1000 unit.

PAda har tersebut, pembeli dapat membeli peranti tersebut pada harga RM599 ( harga asal RM699).

realme 6i ini tampil dengan ciri-ciri hebat iaitu skrin bersaiz 6.5″ HD+ dan dikkuasakan oleh pemproses MedaTek Helio G80. Kamera juga sangat baik apabila dihadirkan dengan 48MP bagi kamera utama dan 16MP bagi kamera hadapan. Ia turut menyertakan bateri yang besar iaitu 5000mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 18W.

 

 

 

You might also like