Siri OnePlus 8 Kini Rasmi Bagi Pasaran Tempatan – Dijual Pada Harga Bermula RM2899!!

Berita gembira buat peminat OnePlus apabila siri OnePlus 8 iaitu Oneplus 8 danOnePlus 8 Pro Kini rasmi bagi pasaran tempatan.

OnePlus 8, ia tampil dengan skrin bersaiz 6.55″ AMOLED dan tampil dengan kadar segar semula 90Hz. Bagi kuasa dalaman pula, ia tampil dengan cip pemproses Snapdragon 865 dan dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan sebesar 256GB.

Bagi aspek kamera pula ia disertakan dengan sistem 3 kamera yang mana kamera utama adalah 48MP.

Bagi OnePlus 8 Pro pula tampil dengan skrin bersaiz 6.78″ dan disertakan dengan kadar segar semula 120Hz. Kuasa dalaman juga sangat memukau apabila ia disertakan dengan pemproses Snapdragon 865 dan dipadankan dengan RAM sebesar 12GB LPDDR5 dan storan sehingga 256GB UFS 3.0.

Bagi kamera pula, ia tampil dengan sistem 4 kamera yang mana kamera utama adalah 48MP.

Berikut adalah harga jualan bagi peranti ini:

OnePlus 8

  • 8GB + 128GB: RM2899
  • 12GB + 256GB: RM3299

OnePlus 8 Pro

  • 8GB + 128GB: RM3699
  • 12GB + 256GB: RM4099

Pra tempahan boleh dilakukan bermula hari ini. Anda akan mendapat 2 tahun jaminan dan perlindungan skrin selama setahun.

 

Pembelian peranti ini akan hadir dengan 2 tahun jaminan rasmi, selain perlindungan skrin selama setahun. Pra-tempahan boleh dilakukan bermula 24 April 2020 ini.

 

You might also like