Siri HUAWEI Nova 7 Kini Rasmi!! – Tampil Dengan Sokongan Rangkaian 5G!!

Sesuatu yang mengejutkan apabila HUAWEI kini telah melancarkan siri peranti terbaharunya siri HUAWEI Nova 7. Menariknya, ketiga-tiga peranti ini tampil dengan sokongan rangkaian 5G.

HUAWEI Nova 7 Pro 5G dan HUAWEI Nova 7 5G dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.5″ FHD+ OLED. Apa yang pasti ia dihadirkan dengan cip pemproses yang sangat berkuasa iaitu Kirin 985 5G dan dipadankan dengan 8GB RAM dan storan 256GB. Bateri pula adalah berkapasiti 4000mAh.

Kamera belakang pula dihadirkan dengan 64MP + 8MP + 8MP  + 2MP. Yang membezakan kedua-dua peranti ini hanyalah pada kamera hadapan yang mana HUAWEI Nova 7 Pro 5G tampil dengan kamera hadapan 32MP + 8MP. BAgi HUAWEI Nova 7 5G pula hadir dengan 32MP sahaja.

Berbeza pula dengan HUAWEI Nova 7 SE apabila ia dihadirkan dengan skrin 6.5″ LCD dan dihadirkan dengan cip pemproses Kirin 820 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sebesar 256GB.

Tampil dengan keupayaan kamera 4MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang dan 16MP bagi kamera hadapan.Kapasiti bateri juga hadir dengan 4000mAh.

Belum dapat dipastikan lagi bahawa siri ini bakal hadir ke Malaysia atau tidak. Sama-sama kita nantikan!!

 

You might also like