- Iklan -

Browsing Tag

Huawei

Huawei Technologies Co. Ltd. (/ˈhwɑːˌweɪ/; Cina ringkas: 华为; Cina tradisional: 華為; pinyin: Huáwéi) merupakan syarikat multinasional China yang menghasilkan alat-alat rangkaian telekomunikasi yang berpusat di Shenzhen, Guangdong. Syarikat tersebut merupakan pembuat alat-alat telekomunikasi yang terbesar di dunia dan mengambil alih tempat pertama Ericson pada tahun 2012.

Huawei ditubuhkan oleh bekas pegawai tentera Ren Zhengfei pada tahun 1987 sebagai syarikat sendirian yang dimiliki oleh pekerja-pekerjanya. Misi terasnya adalah untuk membina rangkaian telekomunikasi, membekalkan perkhidmatan khidmat nasihat dan alat-alat operasi kepada pasaran pengguna. Huawei mempunyai lebih dari 140,000 pekerja dan 46% daripadanya melibatkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Huawei mempunyai 21 institut R&D di banyak negara termasuk China, Amerika Syarikat, Kanada, UK, Pakistan, Jerman, Colombia, Sweden, Ireland, India, Rusia dan Turki, dan US$5 bilion dilaburkan dalam R&D pada tahun 2013.

Pada tahun 2010, Huawei merekodkan keuntungan sebanyak 23.8 bilion CNY (3.7 billion USD). Produk dan perkhidmatannya digunakan di lebih dari 140 negara dan Huawei member perkhidmatan kepada 45 daripada 50 operator telekom yang terbesar di dunia.

Huawei Shopee Official Store