Pendedahan Terkini! OPPO Find X2 Sokong Lensa Sony 64MP + Pengecasan Pantas 65W + Skrin 120Hz

Kedengaran OPPO Find X2 bakal diumumkan tidak lama lagi, baru tadi Concept Creator dan Letsgodigital telah mendedahkan lagi beberapa gambar Find X2 yang terkini.

Menurut sumber, Find X2 akan menyokong rangkaian dual-mode 5G, paparan skrin melengkung 88° dengan kadar segar semula 120Hz, lensa Sony 64MP, pengecasan pantas 65W dan banyak lagi spesifikasi menarik yang harus dinanti-nantikan.

Menerusi gambar yang dikongsi, kamera swafoto tidak kelihatan di paparan skrin sebaliknya tersembunyi di bawah skrin. Konfigurasi lain pula termasuk dilengkapi cip pemproses Snapdragon 865, bateri sebesar 5,000mAh serta menggunakan Android 10 + ColorOS 7 terbaru.

Spesifikasi dan reka bentuk OPPO Find X2 di atas hanya sekadar ramalan, walaupun tampil menarik dan berprestasi tinggi namun yang sebenar harus nantikan ketibaan rasminya nanti.

 

 

You might also like