- Iklan -

CES 2020: Razer Kishi – Alat Kawalan Permainan Mudah Alih Khas Peranti Android & iOS

Dalam acara tahunan CES 2020, Razer juga mempamerkan beberapa gajet menarik salah satunya adalah Razer Kishi – sebuah alat kawalan permainan mudah alih yang dibangunkan atas kerjasama dengan Gamevice.

Apa yang unik pada Razer Kishi, ia dihasilkan khas untuk peranti Android dan iOS. Bermakna anda boleh menggunakannya walaupun peranti bersaiz besar seperti Pixel, Samsung atau iPhone.

Hanya sambungkan pada peranti pintar dan bermain dengan butang kawalan fizikal, segala permainan menjadi lebih mudah terkawal dan lancar.

Alat kawalan ini akan dilancarkan pada suku pertama 2020, buat masa kini harga masih tidak diumumkan lagi.

 

 

You might also like