
CES 2020 : Siri Acer Swift 3 Baharu Diperkenal – Bateri Tahan Lama & Nisbah Skrin – Ke – Badan Lebih Tinggi
Inginkan Kepuasan Berganda? Lebih Dari Biasa? Acer kini muncul dengan siri Acer Swift 3 baharu – dipenuhi pelbagai teknologi menarik bagi memberikan pengalaman baru buat pengguna. Acer memperkenalkan dua model di bawah siri ini dimana – salah satunya didatangkan dengan saiz 13.5″ (SF313-52/G) dan dikuasakan cip Intel Core Generasi ke – 10. Manakala, satu lagi model dibina dengan paparan 14″ (SF314-42) dan dikuasakan oleh cip AMD Ryzen 4000.

Dibina dengan badan logam bersama ketebalan 15.95mm serta berat sekitar 1.19kg, komputer riba ini dicipta sesuai buat mereka yang mencari rakan kerja sempurna. Menariknya lagi, ia juga didatangkan dengan nisbah skrin – ke – badan yang tinggi mencecah 83.65% bersama nisbah aspek 3: 2 – sekaligus memberikan 18% lebih banyak ruang. Ia turut menyokong sehingga 100% warna sRGB dan Acer ExaColor bagi memberikan paparan terbaik seakan – akan dunia nyata.

Acer Swift 3 (SF313-52 / G) boleh didapati di Amerika Utara pada bulan Mac, bermula dari USD 699; di EMEA pada Januari bermula dari EUR 699; dan di China pada bulan Februari, bermula dari RMB 5499. Acer Swift 3 (SF314-42) boleh didapati di Amerika Utara pada bulan Mei, bermula dari USD 599; di EMEA pada bulan Mac bermula dari EUR 599; dan di China pada bulan Mac, bermula dari RMB 4,499. Spesifikasi, harga, dan ketersediaanakan berbeza mengikut rantau.