ASUS Lancar Zenfone Max M2 Pada Anggaran Harga Bermula Dari RM657

862
- Iklan -

 


ASUS baru sahaja melancarkan model terbaharu iaitu ASUS Zenfone Max M2. Kewibawaan telefon ini  bagi kelasnya pastinya sangat ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat ASUS di seluruh dunia. Pelancaran yang berlangsung di Jakarta Indonesia itu menjanjikan keterujaan buat semua.

ASUS Zenfone Max M2 ini dikuasakan dengan pemproses Qualcom Snapdragon 632 dan Adereno 506 pastinya akan memberikan pengalaman yang diingini oleh pengguna. Telefon ini disertakan dengan Android 8.1 Oreo pastinya menambah rencah dalam pengalaman menggunakan telefon ini.

Dari segi rekaannya, ia bersaiz 158.41 x 76.28 x 7.7mm dan beratnya adalah 160g. Disertakan dengan paparan yang agak besar iaitu 6.3 inci HD+ membolehkan pengguna merasai kepuasan pada paparan skrin. Peranti 11.5% lebih nipis berbanding Zenfone Max M1 dan 88% nisbah skrin ke kerangka.

Dari aspek kameranya juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 13MP f/1.8 + 2MP AI, LED flash pada kamera utama dan 8 Megapiksel + Softlight LED flash pada kamera hadapan pastinya akan membenarkan pengguna merakam momen – momen indah dalam kehidupan dengan kualiti yang menakjubkan.

Kapasiti baterinya juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 4000 mAh yang mampu bertahan lama. Ini membolehkan anda melayan video atau bermain permainan mudah alih tanpa sebarang gangguan.

Dalam pada itu, ia disertakan dengan 2 versi iaitu 3GB RAM + 32GB Storan manakala 1 lagi versi ialah 4GB RAM + 64GB Storan dan disokong sehingga 2TB micro SD dan mempunyai 3 slot kad.

ASUS Zenfone max M2 bagi versi 3GB RAM + 32GB Storan dijual pada harga RP22,99000 iaitu kira-kira RM657 Manakala versi 4GB RAM + 64GB storan  manakala bagi versi 4GB + 64GB ialah RP26,99000 kira-kira RM771.

Baca juga: