

Celcom hari ini mengorak langkah menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang membawa rangkaian 4.5G kepada orang ramai. Rangkaian berkelajuan sangat tinggi ini menggunakan teknologi terkini 4-transmit-4-receiver (4T4R) yang memberikan pengalaman menonton atau memuat turun video dalam format HD, 2K dan 4K tanpa menjejaskan kualiti. Selain memberi data mudah alih yang lebih pantas, rangkaian Celcom Lightning LTE ini juga mengurangkan waktu penimbalan di mana ia boleh memuat turun atau memuat naik dengan masa yang singkat.
Peningkatan yang signifikan Lightning Fast LTE ini berbanding komunikasi mudah alih 4G adalah berupaya menyokong kelajuan data lebih tinggi daripada kelajuan maksimum semasa melebihi 400Mbps bergantung pada keupayaan peranti. Buat masa ini telefon pintar yang pertama berupaya menyokong rangkaian ini ialah Huawei P10 Plus diikuti Samsung Galaxy S8.
Celcom Lightning LTE ini akan dilaksanakan di kawasan lembah klang bermula Ogos depan manakala ke bandar-bandar lain di seluruh negara menjelang akhir tahun 2017 ini. Seterusnya, menjadikan Celcom sedang menuju ke era rangkaian evolusi 5G yang mana keupayaannya jauh lebih baik.