Huawei P10 Plus Sudah Mula Dijual Di Malaysia

Huawei secara rasminya telah membawa masuk P10 Plus selepas kemunculan adiknya P10 dan P10 Lite pada 31 Mac lalu. Perbezaan ketara pada ketiga-tiga model ini boleh dilihat di paparan P10 Plus dengan 5.5 inci beresolusi 2K (2560 x 1440), sebaliknya cuma HD penuh di P10 dan P10 Lite.

Begitu juga 6GB RAM tersedia di P10 Plus manakala 4GB RAM di dua model yang lain, storan dalaman pula hadir dengan 128GB sokongan microSD sehingga 256GB serta dibekalkan bateri berkapasiti 3750mAh.

P10 Plus mendapat sentuhan dwi-kamera SUMMILUX-H kejuteraan Leica menjanjikan gambar yang diambil sentiasa terperinci, dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 960 serta Huawei EMUI 5.1.

Anda boleh memilih sama ada warna Dazzling Gold atau Graphite Black untuk dibawa pulang, harga yang disyorkan adalah RM3,099.

https://www.youtube.com/watch?v=FymZsD4aifg

You might also like