
Lindungi Peranti Kesayangan Anda Dengan LifeProof FRĒ & LifeProof NÜÜD

Anda sudah memiliki Apple iPhone 7 atau iPhone 7 Plus?! Lindungi peranti kesayangan anda itu dengan dua koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh LifeProof, FRĒ dan NÜÜD.
Seiring dengan revolusi yang diperkenalkan oleh Apple pada dua model keluaran terbarunya di pasaran dengan kemunculan iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus, LifeProof juga nampaknya telah meneruskan tanggungjawabnya untuk memberikan perlindungan maksimum untuk dua model tersebut melalui dua koleksi lengkap yang tampil dengan pelbagai gaya dan juga tahap perlindungan terbaik serta lebih terjamin.
Apa yang istimewanya, casing tahan lasak dari LifeProof ini telah mendapat pengiktirafan IP68 yang terbukti kalis air sedalam 2 meter selama 1 jam. Bukan itu sahaja, LifeProof FRĒ dan NÜÜD juga masih mampu berfungsi dengan baik walaupun digunakan dalam tiga keadaan iaitu habuk/debu, sejuk beku serta jatuh dari ketinggian 2 meter.




Kedua-duanya ditawarkan waranti selama setahun bagi setiap pembelian, dan produk ini telah menerima anugerah ‘CES 2015 Innovation Award’.
Harga Jualan LifeProof FRĒ
Harga Jualan LifeProof NÜÜD





