- Iklan -

Kolaborasi HP & Yuna Galakkan Ekspresi Kreatif Dengan Projek Mentor Untuk Karyawan Masa Depan

HP Malaysia telah melancarkan Projek Mentor untuk Karyawan Masa Depan, yang disusun khas untuk memberi inspirasi dan menyemai bibit kreativiti dalam kalangan belia pada hari ini. Sejajar dengan usaha HP melengkapi karyawan generasi akan datang, projek ini telah dirangka untuk memberi peluang kepada para pemuzik mengembangkan sayap  seni mereka untuk terbang lebih tinggi, di bawah bimbingan seorang profesional industri. HP Malaysia bekerjasama dengan artis tanah air yang disanjung tinggi di pentas antarabangsa, Yuna, untuk menganjurkan bengkel muzik maya selama 2 hari bagi membantu pemuzik yang bercita-cita tinggi untuk mengambil langkah seterusnya dalam perkembangan kreatif mereka. 

Bagi pemuzik yang bercita-cita tinggi, Projek Mentor HP dibuka untuk penyertaan sehingga 22 November 2020. Bakat-bakat kreatif perlu mengemukakan muzik instrumental atau vokal lagu kegemaran mereka dan berkongsi sebab-sebab mereka mahu menghadiri sesi mentor bersama Yuna. Peraduan ini terbuka kepada karyawan dari segenap latar belakang, tanpa mengira tahap kepakaran. Seramai 5 peserta akhir akan diberi peluang untuk bertemu dengan Yuna dan menyertai bengkel penerbitan muzik dan lagu maya selama 2 hari.  Yuna sendiri akan memilih seorang pemenang untuk membawa pulang komputer riba ENVY serba baharu dan menyertai beliau dalam sesi mentor 1:1 untuk menggilap bakat mereka sebagai karyawan.

Cara Menyertai Projek Mentor untuk Karyawan Masa Depan HP 

  • Langkah 1: Layari www.hpmalaysia.com/mentorshipproject  
  • Langkah 2: Kemukakan permohonan anda di laman mikro tersebut dengan memuat naik / berkongsi pautan persembahan vokal atau muzik instrumental lagu kegemaran anda
  • Langkah 3: Yuna sendiri akan memilih 5 peserta untuk menyertai bengkelnya! Selamat berjaya! 

Promosi Shopee 

Anda memerlukan peranti baharu untuk menyerlahkan bakat sebagai karyawan? Gunakan kod: ENVY100 di Shopee untuk mendapatkan potongan RM100 daripada harga HP ENVY 13, HP ENVY 15 and HP Spectre x360 dari sekarang hingga 30 November 2020. Anda juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah percuma bernilai RM409, termasuk Beg Galas HP Pavilion, Tetikus Tanpa Wayar HP dan Kaspersky Internet Security untuk komputer anda. Layari https://shopee.com.my/m/hp-mega-offers.


Sempena promosi 11:11  ini, gedung dalam talian HP di Shopee akan mengadakan tawaran 1 hari yang menyediakan potongan RM150 + hadiah percuma bernilai RM409 dengan pembelian produk minimum RM3,000. Layari https://shopee.com.my/hponlinestore untuk semua butiran lanjut. 

You might also like