- Iklan -

DJI Mini 2 Tersedia Mulai 10 November – Dijual Pada Harga RM2499!!

DJI, peneraju global bagi dron awam dan teknologi kamera kreatif, telah melancarkan DJI Mini 2, dron kamera berprestasi tinggi yang memuatkan ciri-ciri baru mengagumkan dalam reka bentuk kecil, ringan dalam kategori dron paling selamat dengan berat kurang daripada 249 gram. Pengganti kepada Mavic Mini DJI yang asal, DJI Mini 2 mudah diterbangkan, dengan keupayaan pengimejan yang ditambah baik, prestasi penerbangan yang berkuasa, dan teknologi transmisi yang dipertingkatkan untuk sambungan yang lebih lama dan baik.

Mod pra-program yang pintar telah dioptimumkan supaya rakaman menarik boleh diambil dengan hanya beberapa sentuhan, manakala tutorial pemula dan alatan pembelajaran membantu mempercepatkan pengguna baru untuk mengetahui cara menerbangkan dron baru yang menyeronokkan ini. Disokong dengan pelbagai aksesori yang menyeronokkan, selamat, dan kreatif, pengguna DJI Mini 2 boleh menjadikan ia sebagai sistem sendiri dengan item-item yang diperibadikan atau mempamerkannya dengan bekas paparan bercahaya.

DJI Mini 2 dicipta untuk keseronokan apabila diterbangkan, mudah dikendalikan, dan selamat untuk digunakan setiap hari, sama ada untuk merakam kehidupan seharian atau ketika pengembaraan yang mengujakan. Siaran langsung daripada kamera dron dihantar ke telefon bimbit anda supaya anda boleh melihat kedudukan sebenar Mini 2 dan rakamannya. Butang dan fungsi yang dipermudahkan pula diperkemas dan mudah difahami berbanding dron yang lebih canggih. Seperti semua dron DJI, kedudukan gred tinggi dan sensor penglihatan membantu Mini 2 melayang secara tepat. Fungsi GPS mengesan lokasi dron manakala sensor penglihatan pada bahagian dasarnya pula memeta kawasan di bawahnya dan membantu pendaratan automatik.

Dron DJI memang terkenal dengan ciri keselamatannya supaya pemillik baharu ataupun yang berpengalaman boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan. Antara ciri berkenaan termasuklah batas GEO, yang memastikan dron berada di luar kawasan sensitif seperti lapangan terbang, Return to Home, satu ciri yang boleh diaktifkan supaya dron berkenaan kembali ke pemillik, dan Altitute Lock, iaitu had boleh laras untuk menetapkan berapa tinggi dron tersebut boleh terbang. Bersama-sama, mod dan ciri ini menjadikan DJI Mini 2 bukan sahaja mengujakan untuk diterbangkan malah ia juga selamat bagi semua tahap kemahiran.

Abadikan momen-momen tersebut secara terperinci dengan bantuan sensor 1/2.3 inci yang mampu merakam imej 12 megapiksel dan resolusi video maksimum 4K/30fps @100 Mbps. Tambahan pula, imej boleh disimpan dalam format JPEG dan juga RAW untuk pengguna yang ingin melakukan penyuntingan lanjut pada rakaman berkenaan. Rakaman bebas gegaran dan lancar boleh dilakukan dengan adanya keupayaan gimbal 3 paksi, yang mengimbangkan pergerakan dron, angin dan lain-lain.

Semasa merakam pada resolusi 1080p, pemillik boleh mendekati subjeknya tanpa perlu menggerakkan dron melalui pilihan 4X Zoom (2X kualiti tak hilang). Mod pintar yang diprogramkan bermakna dron melakukan kerja keras mengambil rakaman yang cantik dengan pergerakan dan ciri pengimejan yang ditetapkan. Jadikan kandungan anda tampil menyerlah dengan hanya satu sentuhan hasil dari mod yang telah ditetapkan seperti: 

  • QuickShots: Mod pergerakan pra-program dan tangkapan imej.
  • Dronie: DJI Mini 2 terbang ke belakang dan ke atas, dengan kamera yang mengesan subjek anda. Tetapkan had ketinggian pada 40, 60, 80, 100, atau 120 kaki. 
  • Helix: DJI Mini 2 terbang ke atas dan jauh, berputar di sekitar subjek anda. Tetapkan had ketinggian pada 40, 60, 80, 100, atau 120 kaki. 
  • Rocket: DJI Mini 2 terbang terus ke atas dengan kamera menghala ke bawah mengikuti subjek anda. Tetapkan had ketinggian pada 40, 60, 80, 100, atau 120 kaki. 
  • Circle: DJI Mini 2 akan mengelilingi subjek anda pada altitud (ketinggian) dan jarak yang tetap. 
  • Boomerang: DJI Mini 2 terbang mengikut jalur penerbangan bujur seperti boomerang di sekitar subjek anda, memulakan dan memberhentikan rakaman video pada tempat yang sama.
  • Panoramas: Merakam perspektif lebih lebar dengan mod pano pilihan.
  • Sphere: DJI Mini 2 secara automatik merakam dua puluh enam imej dan mencantumkannya menjadi imej yang sangat jelas.
  • 180°: Merakam tujuh gambar untuk imej landskap sapuan.
  • Wide-Angle: Merakam imej lebar 3×3 yang mengandungi sembilan imej.
  • Image modes: Mod foto berbeza bagi senario berbeza.
  • AEB Triple Shot: Auto Exposure Bracketing (AEB) mengambil tiga imej dari pelbagai paparan dan menggabungkannya menjadi imej yang jelas. Penyuntingan lanjut boleh dilakukan untuk menampilkan imej High Dynamic Range (HDR) dalam pasca pemprosesan. 
  • Timed Shots: Memberi anda lebih beberapa saat sebelum mengambil gambar dalam masa rakaman yang ditetapkan.

DJI Mini 2 sedia untuk dijual pada 10 November 2020 di kedai utama DJI, pengedar yang sah, dan kedai-kedai rasmi DJI Malaysia di platform e-dagang, seperti Shopee dan Lazada.


DJI Mini 2 boleh dibeli dalam dua pilihan. Pakej standard merangkumi DJI Mini 2, alat kawalan jauh dan satu bateri pada harga runcit RM1,899. Pengguna juga boleh memilih Fly More Combo, yang terdiri daripada tiga bateri, hab pengecas, DJI Mini 2, beg galas dan alat kawalan jauh pada harga runcit RM2,499. Maklumat lanjut boleh didapati di sini: Shopee and Lazada.

You might also like