- Iklan -

Togetherall memperoleh $10 juta pelaburan daripada FPE Capital

– Platform kesihatan mental yang terkenal, Togetherall, memperoleh pelaburan sebanyak $10 juta

– Pelaburan daripada pelabur pertumbuhan FPE Capital mengikut perkembangan pesat Togetherall di UK dan Amerika Utara

– Togetherall menyediakan komuniti rakan sebaya dalam talian yang selamat dan dikendalikan secara klinikal untuk membantu individu dengan kesihatan mental 24 jam sehari, setiap hari.

LONDON, 8 November 2020 /PRNewswire/ — Platform kesihatan mental dalam talian terkemuka, Togetherall, memperoleh pelaburan bernilai $10 juta daripada pelabur pertumbuhan perisian dan perkhidmatan, FPE Capital LLP (FPE). 

Togetherall provides millions of people throughout the UK, New Zealand, Canada and the US access to community and professional support 24 hours a day, 365 days a year.
Togetherall provides millions of people throughout the UK, New Zealand, Canada and the US access to community and professional support 24 hours a day, 365 days a year.

Pelaburan tersebut mengikuti perkembangan pesat Togetherall ke pasaran Amerika Utara, dengan memfokus kepada pertumbuhan pasaran AS, serta pertumbuhan berterusan di seluruh UK dan Kanada dalam sektor pendidikan tinggi, korporat dan kesihatan. FPE akan menjadi pelabur terbesar bersama-sama pelabur berimpak sosial, Impact Ventures UK (IVUK), membentuk pelaburan kelapan daripada FPE Fund II.

– Togetherall menyediakan komuniti dalam talian berasaskan populasi yang dikendalikan secara klinikal untuk membantu individu dengan kesihatan mental melalui sokongan rakan sebaya tanpa nama secara 24 jam sehari, setiap hari. Dilancarkan pada tahun 2007 ia telah membantu lebih daripada satu per empat juta ahli setakat ini dan hampir 90,000 individu dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Pelaburan FPE Capital ke platform kesihatan mental dalam talian mendorong hasrat Togetherall untuk memberi kesan positif yang lebih besar kepada semua yang menggunakan perkhidmatan ini dan akan membantu meningkatkan kepantasan perkembangan produk dan bilangan sumber kepada ahli.

Memandangkan mereka yang mencari rawatan kesihatan mental menghadapi banyak halangan dalam mendapatkan sokongan yang diperlukan, dengan permintaan yang sering mengatasi penawaran perkhidmatan (Pusat Kesihatan Mental), Togetherall membantu menangani halangan terhadap akses kepada sokongan tradisional, atau secara peribadi, serta stigma yang sering muncul ketika meminta sokongan kesihatan mental.

Ia satu penyelesaian berasaskan populasi yang bertujuan untuk memberikan sokongan kesihatan mental kepada semua, platform dalam talian yang disesuaikan secara klinikal membolehkan individu dengan kesihatan mental yang ringan hingga sederhana untuk berbicara tanpa nama kepada rakan sebaya tentang perasaan dan pengalaman mereka. Togetherall juga menawarkan pelbagai kursus dan sumber untuk membolehkan pengguna menguruskan kesihatan mental mereka sendiri, semuanya dikendalikan oleh pengamal terlatih 24 jam yang memastikan persekitaran yang selamat dan ditingkatkan.

Mengulas tentang pelaburan Henry Jones, Ketua Pegawai Eksekutif Togetherall, berkata: “Ini merupakan pencapaian yang sangat penting pada syarikat kami.”

“Matlamat Togetherall adalah untuk membina perniagaan global yang memberi kepada seramai mungkin peluang berada dalam satu komuniti dalam talian yang selamat yang membolehkan mereka menawarkan atau menerima sokongan pada masa yang membimbangkan dan pengasingan. Bekerjasama dengan FPE, satu syarikat pelabur teknologi yang berpengalaman, memacu rancangan kami yang bercita-cita tinggi terhadap impak pertumbuhan.”

Ketika sekatan pergerakan baharu bermula di seluruh UK, semakin ramai individu yang akan mengalami tahap keterasingan, kegelisahan dan kemurungan yang tinggi, tanpa akses kepada sokongan kesihatan mental. Togetherall berada pada kedudukan yang sesuai untuk memenuhi permintaan yang meningkat ini.

Kevin Bone, Rakan Kongsi di Impact Ventures UK, menggambarkan perjalanan bersama Togetherall sehingga kini, “IVUK telah menyokong Togetherall sejak tahun 2014 apabila ia bercambah daripada idea yang hebat menjadi perniagaan yang berkembang maju yang membantu ratusan ribu orang di UK dan di seluruh Amerika Utara. Kami sangat mengalu-alukan FPE dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka dan pasukan Togetherall yang hebat, untuk memberikan perkhidmatan kepada berjuta-juta orang yang memerlukan”.

Togetherall menyertai pelaburan yang memfokus kepada produk teknologi lain dalam portfolio FPE, termasuk: Questionmark, Masstech, Kallik dan MaxContact. Pelaburan modal pertumbuhan FPE sebahagian besarnya merupakan pembiayaan utama untuk menyokong perniagaan dalam mempercepatkan pertumbuhannya ke Amerika Utara.

“FPE gembira dapat menyelesaikan pelaburan pertumbuhan yang menarik ini ke dalam Togetherall,” kata Henry Sallitt, Pengasas Bersama & Rakan Kongsi Pengurusan di FPE, “Ini adalah organisasi yang menggabungkan model perniagaan SaaS yang berjaya dengan matlamat yang jelas dan kesan sosial. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Henry dan pasukannya untuk menyokong matlamat pertumbuhan mereka”.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Alec Harris, ZPB Associates di alec.harris@zpb-associates.com atau 07597571575

Nota kepada editor: 

Tentang Togetherall:  

Ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai Big White Wall, Togetherall, ialah perkhidmatan kesihatan mental dalam talian terkemuka yang menyediakan akses kepada sokongan komuniti dan profesional 24 jam sehari, 365 hari setahun kepada berjuta-juta penduduk di seluruh UK, New Zealand, Kanada dan AS. Perkhidmatan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Kualiti Penjagaan (CQC) dan terbukti secara klinikal dapat membantu mereka yang menghadapi masalah tekanan, keterasingan, kegelisahan, kemurungan dan masalah kesihatan mental yang biasa. Togetherall telah menyokong populasi besar dengan kesihatan mental mereka sejak dilancarkan dengan kerjasama pelanggan dalam sektor pendidikan, kesihatan, korporat dan amal.

Tentang FPE Capital: 

FPE merupakan pakar pelaburan pertumbuhan ekuiti swasta yang memberi fokus terhadap sektor perisian dan perkhidmatan.  Ia melabur dalam pasaran pertengahan rendah syarikat perisian dan perkhidmatan UK dan Ireland dengan model perniagaan bermanfaat yang menawarkan potensi pertumbuhan signifikan di pasaran besar yang mengalami perubahan struktur. Ia diberi kuasa dan dikawal selia oleh Penguatkuasa Tatakelakuan Kewangan. www.fpecapital.com

Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/togetherall-memperoleh-10-juta-pelaburan-daripada-fpe-capital.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Multimedia/Online/Internet New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like