OneWeb Melengkapkan Misi ‘Lima kepada 50’ untuk Meliputi Wilayah Utara Latitud 50 darjah yang merangkumi UK, Kanada, Alaska dan Rantau Artik

  • OneWeb mengesahkan kejayaan pelancaran dan hubungan dengan kesemua 36 buah satelit yang dilancarkan pada awal hari ini yang menjadikan jumlah rangkaian dalam orbit sebanyak 254 buah satelit
  • Ketersambungan berkelajuan tinggi akan tersedia dari Kutub Utara hingga ke kawasan selari Ke-50 – yang merangkumi United Kingdom, Kanada, Alaska dan Rantau Artik
  • Berada pada landasan yang betul untuk melaksanakan liputan global sepenuhnya menjelang bulan Jun 2022 dengan rangkaian LEO yang terdiri daripada 648 buah  satelit

LONDON, 2 Julai 2021 /PRNewswire/ — OneWeb, sebuah syarikat komunikasi satelit Orbit Bumi Rendah (Low Earth Orbit, LEO), hari ini mengumumkan kejayaan pelancaran 36 buah satelit lagi sebagai menandakan kejayaan menyempurnakan misi ‘Lima kepada 50′. Dengan pencapaian besar ini, Syarikat ini bersedia untuk menyampaikan ketersambungan di seluruh United Kingdom, Kanada, Alaska, Eropah Utara, Greenland dan Rantau Artik.

OneWeb Launch #8 brings OneWeb's satellite constellation to 254 satellites to provide connectivity to UK, Canada, Alaska, and the Arctic Region.
OneWeb_Launch

Pelancaran terkini ini menjadikan rangkaian dalam orbit OneWeb berjumlah 254 buah satelit atau 40% daripada armada OneWeb yang dirancang berjumlah 648 buah LEO satelit yang akan memberikan ketersambungan global yang berkelajuan tinggi dengan kependaman rendah. OneWeb berhasrat untuk memastikan perkhidmatan global tersedia pada tahun 2022.

Demonstrasi perkhidmatan akan bermula pada musim panas ini di beberapa lokasi utama – termasuk Alaska dan Kanada – ketika OneWeb membuat persediaan untuk perkhidmatan komersial dalam tempoh enam bulan akan datang. Dengan menawarkan perkhidmatan ketersambungan bergred perusahaan, Syarikat ini telah mengumumkan perkongsian pengedaran dengan beberapa industri dan perniagaan termasuk BT, ROCK Network, AST Group, PDI, Alaska Communications dan lain-lain lagi, seiring dengan perkembangan keupayaan global OneWeb. Syarikat ini terus berurusan dengan penyedia telekomunikasi, ISP dan kerajaan di seluruh dunia untuk menawarkan perkhidmatan ketersambungan berkelajuan tinggi dengan kependaman rendah dan menyaksikan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian baharu untuk berhubung dengan tempat yang paling sukar dicapai.

Pelancaran 36 buah satelit terbaru ini dilakukan oleh Arianespace daripada Vostochny Cosmodrom. Pelepasannya berlangsung pada 1 Julai jam 13:48 BST. Satelit OneWeb dipisahkan daripada roket dan dibahagikan kepada 9 kumpulan dalam tempoh 3 jam 52 minit dengan pemerolehan isyarat pada kesemua 36 buah satelit disahkan.

Perdana Menteri United Kingdom, Yang Berhormat (Bersara) Ahli Parlimen Boris Johnson, berkata:  “Pelancaran terkini satelit OneWeb ini akan membuatkan jalur lebar berkelajuan tinggi berada dalam jangkauan seluruh Hemisfera Utara lewat tahun ini serta meningkatkan ketersambungan dengan kawasan yang paling terpencil di UK.

“Dengan pembiayaan daripada Kerajaan British, OneWeb membuktikan perkara yang mampu dicapai melalui kerjasama pelaburan awam dan swasta dengan meletakkan UK di barisan hadapan teknologi terkini, membuka pasaran baharu dan seterusnya mengubah kehidupan orang ramai di seluruh dunia.”

Sunil Bharti Mittal, Pengasas merangkap Pengerusi Bharti Enterprises, Pengerusi Eksekutif OneWeb berkata: “Pencapaian penting pada hari ini menunjukkan bahawa OneWeb kini merupakan peneraju dalam ketersambungan jalur lebar LEO yang memberikan perkhidmatan kepada pelbagai pihak berkepentingan di seluruh Hemisfera Utara. Pelancaran kelima di tengah-tengah pandemik global yang belum pernah terjadi sebelum ini adalah benar-benar luar biasa dan saya mengucapkan tahniah kepada pasukan pengurusan dan rakan-rakan pemegang saham atas kejayaan tersebut. 

“Bharti menggandakan pelaburannya pada awal minggu ini sebagai bukti komitmennya terhadap misi OneWeb. Kami kini menantikan fasa seterusnya dalam sejarah OneWeb ketika menyediakan syarikat ini untuk perkhidmatan komersial dalam tempoh kurang daripada enam bulan bagi menyampaikan penyelesaian ketersambungan global kami kepada komuniti di seluruh dunia.”

Yang Berhormat (Bersara) Ahli Parlimen Kwasi Kwarteng, Setiausaha Negara, BEIS menambah: “Pelancaran pada hari ini merupakan suatu pencapaian yang menarik dalam menyediakan beberapa lokasi yang paling terpencil di dunia dengan jalur lebar yang pantas dan dibiayai oleh kerajaan UK yang direalisasikan dalam masa kurang setahun sejak pelaburan dilakukan oleh kerajaan British. Dengan satu lagi misi yang berjaya, penduduk UK boleh berbangga kerana negara ini menjadi nadi kemajuan terkini dalam teknologi satelit kecil.

“Liputan OneWeb di seluruh Hemisfera Utara kini meletakkan United Kingdom sebagai peneraju pembangunan terkini dalam teknologi Orbit Bumi Rendah dan kami akan memanfaatkan kedudukan unik syarikat ini dalam pasaran yang sedang meningkat ini untuk membangunkan industri ruang domestik yang kukuh serta memantapkan status kami sebagai sebuah syarikat paling terkemuka dalam bidang sains dan teknologi global.”

Neil Masterson, Ketua Pegawai Eksekutif OneWeb berkata:  “Ini merupakan detik yang benar-benar bersejarah buat OneWeb yang menjadi kemuncak momentum positif selama berbulan-bulan dalam program ‘Lima kepada 50′ kami, peningkatan pelaburan daripada rakan niaga global kami dan penyertaan pesat pelanggan baharu. Kami sangat teruja untuk mula memberikan ketersambungan berkelajuan tinggi dengan kependaman rendah kepada UK dan rantau Artik terlebih dahulu serta menyaksikan peningkatan rangkaian kami dalam tempoh beberapa bulan akan datang ketika kami terus berkembang ke perkhidmatan global. Terima kasih kepada semua rakan niaga kami yang luar biasa yang telah bersama kami dalam perjalanan ini dan memainkan peranan penting dalam menjayakan misi OneWeb.”

Main semula siaran web

Sorotan pelancaran tersedia
Sila tonton di YouTube OneWeb

Imej Pelancaran

Kit Media Pelancaran #8

Rakan Pelancaran

Arianespace dan Glavkosmos

Kemudahan Pelancaran

Soyuz Launch Complex, Vostochny Cosmodrome

Tentang OneWeb            

OneWeb ialah sebuah rangkaian komunikasi global yang dikuasakan daripada angkasa lepas, beribu pejabat di London dan membolehkan ketersambungan untuk kerajaan, perniagaan dan komuniti. Ia melaksanakan rangkaian satelit Orbit Bumi Rendah dengan rangkaian stesen get laluan global dan pelbagai terminal pengguna untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi lebar jalur tinggi dengan kependaman rendah, pantas dan dengan harga berpatutan yang bersambung dengan masa depan Internet Benda (IoT) dan laluan kepada 5G untuk semua orang, di mana-mana sahaja. Ketahui lebih lanjut di  http://www.oneweb.world

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/07/oneweb-melengkapkan-misi-lima-kepada-50-untuk-meliputi-wilayah-utara-latitud-50-darjah-yang-merangkumi-uk-kanada-alaska-dan-rantau-artik-1.jpg
Logo – 
https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/07/oneweb-melengkapkan-misi-lima-kepada-50-untuk-meliputi-wilayah-utara-latitud-50-darjah-yang-merangkumi-uk-kanada-alaska-dan-rantau-artik.jpg

 

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications

Source: PRNEWSWIRE

You might also like