Nova 2 Plus – Peranti Huawei Yang Pertama Menerima Kamera Depan 20MP!

Huawei sering menitik beratkan teknologi dan kejuteraan kamera pada telefon pintarnya. Oleh itu, dengan penerimaan Huawei Nova 2 Plus di pasaran Malaysia ia akan memberikan saingan yang hebat kepada jenama lain. Bagi membezakan model ini dengan model Huawei yang lain, peranti ini dilengkapi dengan kamera depan 20 Megapiksel malah, menjadi yang pertama dalam barisan telefon pintar keluaran Huawei.

Huawei meletakkan kamera Nova 2 Plus di kelompok kedua dibawah kategori mid-range selepas siri P dan Mate. Tidak kurang hebatnya, kamera depan ini mampu melakukan tugas yang baik dalam penggambaran. Ia boleh merakam gambar dengan latar belakang kabur, pengecaman wajah 3D untuk mentonakan kulit, dan LCD Dynamic Illumination untuk rakaman di cahaya yang malap.

Selain itu, kamera ini lebih mudah digunakan dengan ciri Gesture Shutter (gerakan tapak tangan) diamana ia boleh menekan shutter dengan sendiri pada jarak 1.5 meter. Sementara itu, foto statik dan bergerak diambil lebih baik dengan gabungan kamera belakang 12MP dan 8MP aperture f/1.8. Rakaman imej yang jauh juga lebih mudah dengan hadirnya zoom optikal.

Huawei Nova 2 Plus dikuasakan oleh cip HiSilicon Kirin 659 octa-core bersama Android 7.0 Nougat. Bantuan memori RAM 4GB dan storan sebanyak 128GB sekaligus meningkatkan lagi prestasi. Peranti ini menyokong dua slot SIM dan satu slot kad microSD di samping dua mikrofon dengan teknologi kalis bising.

Bagaimanapun untuk menyalakan skrin bersaiz 5.5 inci 1080p ini, ia memerlukan bekalan kuasa daripada bateri berkapasiti 3,340mAh. Pengecasan pantar juga didatangkan bersama sambungan USB Type-C.

Anda boleh mendapatkan Huawei Nova 2 Plus sama ada dalam warna Graphite Black, Prestige Gold, atau Aurora Blue pada harga RM1,999 termsuk GST.

foto outdoor yang baik
kombinasi kamera belakang 12MP+8MP menghasilkan efek bokeh
kamera depan 20MP
You might also like