
Huawei Nova 2 & Nova 2 Plus – Dwi Kamera Utama Bersama 20MP Kamera Swafoto
Ketua Operasi Huawei, Kevin Ho sebelum ini telah membuat pengesahan akan melancarkan Huawei Nova 2 pada minggu ini, dan hari ini rasminya dilancarkan. Telefon pintar kelas pertengahan dengan ciri-ciri premium iaitu Huawei Nova 2 dan Nova 2 Plus, hadir dengan paparan skrin bersaiz 5 inci pada Nova 2 dan 5.5 inci pada Nova 2 Plus, kedua-dua model ini turut menggunakan jenis skrin LCD 1080 HD penuh, 2.5 darjah gelas lengkung di kedua-duanya.
Kerangka badan peranti ini diperbuat daripada logam dengan ketebalan hanya 6.9mm di kedua-dua model, turut dibekalkan dengan kuasa bateri sebanyak 2950mAh dan 3340mAh serta pemproses Qualcomm Snapdragon 625. Kapasiti RAM dan storan pada Huawei Nova 2 mendapat sebanyak 4GB / 64GB, manakala Huawei Nova 2 Plus pula 4GB / 128GB.
Apa yang ingin diketengahkan ialah ciri dwi kamera utama 12 Megapiksel dengan aperture F/1.8 dan sensor 8 Megapiksel berfungsi sebagai zoom optikal dan mod potret, sementara di bahagian depan pula hadir bersama kamera 20 Megapiksel.
Harga yang ditawarkan untuk Huawei Nova 2 ialah CNY2,500 (kira-kira RM1,558) dan Huawei Nova 2 Plus pula CNY2,900 (kira-kira RM1,793) yang mula dijual pada 16 Jun ini di pasaran China.