Huawei Nova 2 Akan Dilancarkan Minggu Ini

Model terbaru daripada Huawei iaitu Huawei Nova 2 akan dilancarkan dalam minggu ini, pengesahan ini telah dibuat oleh Kevin Ho selaku Ketua Operasi Huawei di laman Twitter beliau pada Jumaat lepas. Pengumuman itu dilampirkan bersama gambar seorang model bersama peranti Huawei Nova 2 yang berwarna hijau serta dwi kamera di belakang.

Selain itu, tarikh bagi acara pelancaran telefon pintar terbaru ini akan diadakan pada 26 Mei 2017 depan. Sementara itu, Weibo News telah menyenaraikan beberapa spesifikasi ringkas mengenai Huwei Nova 2 seperti kehadiran kamera berkembar di belakang menggunakan sensor 12 Megapiksel dan dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 660 yang terbaru.

Maklumat lanjut tentang Huawei Nova 2 akan kami kupaskan selepas hari pelancarannya nanti. Jadi nantikan..

You might also like