
ZTE Nubia Z17 Akan Ditampilkan Pada 1 Jun Ini?!
ZTE dikhabarkan akan membuat penampilan terbaru bagi model Nubia Z17 pada 1 Jun ini. Dalam ketirisan yang diperolehi ZTE Nubia Z17 akan hadir dengan warna biru berkilau dengan beberapa ciri-ciri lain yang hebat.
Nubia Z17 ini mungkin akan didatangkan bersama skrin paparan 5.5 inci 1080p dengan bingkai yang nipis. Pemproses pula akan menerima Snapdragon 835 yang terbaru, diiringi dengan RAM sebesar 6GB atau lebih sehingga 8GB?!
Kamera pula diletakkan sensor 23 Megapiksel dan 12 Megapiksel secara tidak langsung menjadikan ia dwi kamera sama sekali di bahagian belakang. Manakala untuk kamera swafoto pula, ia dipadankan dengan lensa 16 Megapiksel.
Kuasa pada peranti ini dimuatkan dengan kapasiti 3,100mAh dan yang paling menarik ialah ia dilengkapi dengan ciri kalis air IP67. Ada pula yang mengatakan bahawa ZTE Nubia Z17 ini mampu beroperasi di dalam air tanpa sebarang masalah, jika benar, ia akan menjadi yang pertama di pasaran yang menggunakan ciri sedemikian berbanding IP68 pada kebanyakan peranti di luar sana.
Untuk maklumat lanjut tentang ZTE Nubia Z17 ini, kami akan kemas kini pada masa akan datang. Tunggu ya!