Lenovo Dan Google Berkolaberasi Membina Alat Realiti Maya Yang Beroperasi Secara Sendiri

Alat realiti maya dibina bagi memberi keasyikan kepada pengguna setiap hari, keseronokan ini boleh diamati dengan pengalaman umpama tiga dimensi di sekeliling. Oleh itu, Lenovo dan Google juga ingin mengambil tempat dengan membina alat realiti maya pertama yang menggunakan teknologi WorldSense™ yang membolehkan pengguna bergerak dan meneroka persekitaran maya seolah-olah keadaan itu benar-benar wujud seperti melompat, terjunan, berlari dan lain-lain lagi.

Contoh yang boleh kita lihat sekarang ialah yang terdapat pada Lenovo Phab 2 Pro yang hadir dengan Tango, teknologi AR yang pertama seumpamanya pada telefon pintar. Kelebihan pada alat realiti maya Daydream ini, ia dioperasikan secara sendiri tanpa bantuan PC atau telefon pintar yang canggih.

Nama bagi peranti ini belum lagi dinyatakan tetapi ini sedikit sebanyak memberi persaingan kepada pengeluar yang lain. Bagi pendapat kami, alat realiti maya dari Lenovo seperti ini mungkin akan mencecah ribuan ringgit. Kalau anda mahu pengalaman luar biasa, sudah pasti harganya pun luar biasa kan.

You might also like