vivo V5s Warna Rose Gold Mula Diedarkan

Kehangatan telefon pintar dari vivo ini tidak terhenti setakat ini sahaja, terbaru, vivo Malaysia membawakan warna baharu Rose Gold pada model vivo V5s bagi menambahkan koleksi warna di samping Crown Gold dan Matte Black. Warna popular ini dikeluarkan bagi memenuhi kehendak pengguna terutama golongan wanita yang gemar berswafoto selari dengan motif penggambaran yang dibawakan oleh vivo Malaysia.

Peranti vivo V5s ini masih lagi mengekalkan spesifikasi yang sama seperti sebelum ini dengan kehadiran kamera swafoto 20 Megapiksel bersama fungsi Selfie Softlight yang menerima kejuruteraan bersama Sony. Setiap rakaman gambar yang diambil dijanjikan hasil yang menarik dengan warna dan perincian yang jelas dan terang.

Harga masih lagi kekal sama iaitu RM1,299

You might also like