
Imej Paten “Sendi” Peranti Samsung
Samsung merupakan pesaing terbesar Apple dari segi inovasi perkakasan, salah satu inovasi mereka yang terkenal adalah skrin sisi melengkung. Majoriti peminat gajet mesti sudah tahu akan usaha Samsung untuk memperkenalkan kerangka dan skrin boleh lipat.
Beberapa imej mula tersebar di Internet menunjukkan reka bentuk paten peranti boleh lipat dari Samsung. Berdasarkan imej-imej tersebut, nampaknya Samsung sedang membangunkan sistem sendi khas pada bahagian rangka bagi membolehkan skrin dilipat.
Okay ke tak teknologi skrin boleh lipat? Bagaimana anda rasa ia dapat menggayakan lagi corak penggunaan smartphone anda? Cuba share sikit dengan kami.