Server Pokemon Go Untuk Negara Asia Sudah Ditambah, Tapi…

1 2Selepas mendapat tahu bahawa Niantic telah melancarkan server tambahan untuk pemain Eropah pagi ini, kami mempunyai lebih banyak berita baik dan berita kurang baik untuk anda. Niantic telah melancarkan beberapa server khas untuk menyokong permainan Pokemon Go di asia.

Berita baiknya adalah sebanyak 44 server sedang dilancarkan, dan beberapa server tersebut adalah untuk negara/kawasan asia seperti Hong Kong, Indonesia, Jepun, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Berita buruknya pula, seperti yang anda lihat masih tiada nama Malaysia dalam senarai tersebut. Namu itu tidak bermakna kita tidak dapat bermain permainan ini. Ketika ini masih belum ada petanda jelas bagaimana server ini berfungsi, berkemungkinan besar kita negara yang tidak mempunyai server khas akan menumpang server negara lain.

You might also like