
Jika anda belum pernah bermain permainan video Gears 5, dan dan mempunyai masa yang terluang di dalam tempoh PKP ini, kami ada berita baik untuk anda!
Permainan Gears 5 kini percuma melalui Steam dan Microsoft Store dan tawaran ini hanya sah sehingga hari Ahad, 12 April 2020. Secara purata, gameplay Gears 5 mengambil masa dari 10 jam sehingga 20 jam untuk dihabiskan, bergantung kepada corak permainan anda. Jadi sudah tentu ianya cukup untuk anda mainkan sehingga tawaran istimewa ini tamat.
Permainan Gears 5 mempunyai pelbagai mode untuk anda cuba. Jika anda rindukan interaksi bersama rakan-rakan, apa kata ajak mereka sekali untuk bermain co-op. Saya sendiri sudah bermain permainan ini dan amat berpuas hati dengan kualiti keseluruhan Gears 5. Bagi mereka yang meminati permainan third-person shooter, ini adalah salah satu permainan wajib untuk anda cuba.
Untuk mengikuti perkembangan dan berita terkini dunia PC, jangan lupa ikuti eRing di Facebook dan juga laman web rasmi.