Raikan Musim Perayaan Bersama Maxis Biggest Sale – Promosi Hebat Jimat Sehingga RM3,500!

Jom sambut akhir tahun dengan promosi dari Maxis Biggest Sale! Mulai sekarang hingga 29 Februari 2020, pelanggan Maxis dan Hotlink boleh menikmati promosi hebat dengan penjimatan sehingga RM3,500!

Pelanggan boleh nikmati dua unit peranti pintar terkini hanya dengan ansuran bulanan tunggal pada pelan Zerolution Maxis, mulai sekarang hingga 31 Januari 2020 atau selagi stok ada.

Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu berada pada pelan MaxisONE 128 dan ke atas dan mendaftar talian tambahan baru untuk RM48 sebulan. Jangan lepaskan peluang ini kerana tawaran hanya akan diberi kepada pelanggan pelan MaxisONE 158 dan ke atas apabila jualan tersebut tamat.

Pelanggan mempunyai kebebasan untuk memilih daripada 6 model peranti pintar terkini tanpa bayaran pendahuluan, kadar bunga dan kad kredit. Dengan promosi ini, mereka boleh menjimat sehingga RM3,500.

Senarai peranti pintar yang boleh didapatkan melalui promosi Maxis Biggest Sale:
Peranti Bayaran Bulanan Zerolution Penjimatan
2x Samsung Galaxy Note10+ Dari RM259 sebulan Sebanyak RM2,100
2x Samsung Galaxy Note10 Dari RM189 sebulan Sebanyak RM2,800
2x Huawei Mate 30 Pro Dari RM179 sebulan Sebanyak RM3,500
2x Huawei Mate 30 Dari RM89 sebulan Sebanyak RM3,400
2x OPPO Reno 2 Dari RM79 sebulan Sebanyak RM2,700
2x OPPO Reno 2F Dari RM45 sebulan Sebanyak RM2,100

 

Promosi menarik turut ditawarkan kepada pelanggan Hotlink Postpaid Flex Plus, di mana anda boleh membeli OPPO A5s atau OPPO A1k hanya pada harga RM1 sahaja. Tawaran ini dibuka sehingga 31 Januari 2020, maklumat selanjutnya boleh layari Hotlink.

 

 

You might also like