Peranti Nokia Kini Tersedia Di Shopee – Nikmati Diskaun Eksklusif Sempena Jualan 12.12

HMD Global mengumumkan ketersediaan barisan peranti Nokia kini sudah boleh dibeli melalui platform Shopee secara rasmi!

Anda boleh membeli peranti Nokia melalui Nokia Mobile Official Store di Shopee Mall dengan tawaran diskaun eksklusif, tambahan lagi Nokia 2720 Flip berwarna merah juga tersedia secara eksklusif khas pelanggan Shopee sahaja.

Tawaran diskaun yang lain termasuk juga Nokia 2.2 (3GB/32GB) pada harga RM399, dan Nokia 7.2 (6GB/12GB) pada harga RM1,099, promosi mulai sekarang hingga 12 Disember.

Anda juga boleh rebut unit terhad bagi Nokia 2.2 dan Nokia 7.2 pada harga eksklusif RM379 dan RM949, hanya pada 12 Disember sementara stok ada.

 

 

You might also like