
[Tertiris] Gambar Dan Spesifikasi Huawei Enjoy 7S Didedahkan

Sebelum ini telah tersebar di Internet mengenai kemunculan gambar peranti yang tampil dengan menggunakan nama kod Huawei FIG-AL00. Kini melalui perkongsian terbaru di Internet, nampaknya peranti misteri itu telah disahkan bahawa akan dikenali sebagai Huawei Enjoy 7S atau Huawei Changxiang 7S untuk pasaran di China.

Melalui tweet yang telah dikongsikan oleh evleaks, peranti terbaru ini dipercayai akan dikuasakan oleh pemproses empat teras dari HiSilicon Kirin 659 berkelajuan 4x 2.36GHz + 4x 1.7GHz. Huawei Enjoy 7S ini juga telah diperkenalkan dalam dua pilihan storan iaitu 3GB RAM + 32GB ROM ataupun 4GB RAM + 64GB ROM, dan dioperasikan dengan EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo.

Huawei Enjoi 7S yang memiliki kerangka seberat 143g serta ketebalan sekitar 7.5mm ini turut menawarkan bateri berkapasiti 3000 mAh. Manakala untuk aspek penggambaran pula, ia didatangkan dengan dwi lensa beresolusi 13 Megapiksel + 2 Megapiksel, dan 8 Megapiksel untuk lensa swafoto. Namun begitu, buat masa ini tiada sebarang maklumat berkaitan harga dan juga tarikh ketersediaan untuk model ini.

