
Pra-tempahan siri Samsung Galaxy S10 telah bermula hari ini, telco utama Celcom turut serta dalam penawaran hebat bagi pengguna yang membuat pra-tempahan terlebih dahulu dengan pelan Celcom Mobile.
Anda boleh mendapat PERCUMA Samsung Galaxy S10e apabila melanggan pelan Celcom Mobile Platinum Plus pada RM188 sebulan, tawaran ini terhad dan anda masih boleh menikmati Internet 100GB serta 100GB Video Walla secara PERCUMA untuk kontrak 24 bulan.
[ Senarai Harga Jualan Siri Samsung Galaxy S10 Untuk Pasaran Tempatan – Pra-Tempahan Bermula 22 Februari 2019 ]
Tawaran pra-tempahan siri Samsung Galaxy S10 mulai hari ini sehingga 28 Februari 2019 (Khamis) di atas talian Celcom Online, kedai bluecube Celcom di seluruh negara dan Celcom certified partners.
Bayaran tempahan sebanyak RM300 diperlukan untuk pelanggan yang membuat tempahan di kedai bluecube atau Celcom certified partners, yang akan direbat dalam bil bulanan mereka, tertakluk kepada terma dan syarat.
[ Maxis Tawarkan Pra-Tempahan Siri Samsung Galaxy S10 & Nikmati Peningkatan Storan Dari 128GB Ke 512GB Secara PERCUMA! ]
Pelanggan bakal menerima peranti di antara 6 hingga 7 Mac 2019 sebelum hari pelancaran rasmi pada 8 Mac 2019 (Jumaat).
__________________________________
Artikel Berkaitan:
- Perbandingan Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy S10
- Siri Samsung Galaxy S10 Dilancarkan Bersama Rekaan Serba Baharu, Teknologi Lebih Terkini
- Peranti Lipat Samsung Diperkenal Secara Rasmi – Galaxy Fold
- Samsung Muncul Dengan Dua Produk Baru – Galaxy Watch Active & Galaxy Buds