Siri Samsung Galaxy S10 Dilancarkan Bersama Rekaan Serba Baharu, Teknologi Lebih Terkini

Seperti yang dinantikan, Samsung secara rasmi telah pun melancarkan pewaris baharu dalam keluarga siri Galaxy S iaitu Samsung Galaxy S10. Siri ini ditawarkan dalam tiga versi iaitu Samsung Galaxy S10, Galaxy S10+ dan Galaxy S10e. Ketiga-tiga versi dilihat membawakan rekaan serba baharu disamping teknologi lebih terkini.

 

SAMSUNG GALAXY S10

Samsung Galaxy S10 menampilkan paparan bersaiz 6.1 inci AMOLED bersama rekaan skrin baharu, ‘Infinity-O’. Ia dilengkapi cip pemproses Exynos 9820, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Galaxy S10 dilengkapi sokongan sistem tri-kamera utama 12MP + 12MP + 16MP bersama kamera swafoto 10MP. Terdapat sokongan pengimbas cap jari ultrasonik. Kapasiti bateri 3,400 mAh (USB-C) di samping turut menawarkan sokongan pengecasan berbalik dan pengecasan tanpa wayar.

 

SAMSUNG GALAXY S10+

Samsung Galaxy S10+ pula hadir dengan saiz badan yang lebih besar. Versi ini dipadankan dengan paparan bersaiz 6.4 inci AMOLED bersama rekaan skrin yang sama seperti Galaxy S10. Ia juga masih dijana oleh cip pemproses Exynos 9820, tetapi diselitkan pilihan memori hingga 8/12GB RAM dan ROM 128GB/512GB/1TB. Terdapat sokongan pengimbas cap jari ultrasonik.

Untuk kamera, versi ini menyokong sistem tri-kamera utama 12MP + 12MP + 16MP serta dwi kamera hadapan 10MP + 8MP. Ia juga menyokong pengimbas cap jari ultrasonik terbina dalam skrin dan pengecaman wajah 3D. Kapasiti bateri 4,100mAh (USB-C) di samping turut menawarkan sokongan pengecasan berbalik dan pengecasan tanpa wayar.

 

SAMSUNG GALAXY S10e

Samsung Galaxy S10e turut membawakan rekaan skrin berlubang. Menawarkan paparan skrin bersaiz 5.8 inci FHD+ AMOLED, Galaxy S10e turut menggunakan cip pemproses Exynos 9820 sebagai tunjang utama. Untuk memori, ia menawarkan 6GB RAM dan storan 128GB.

Berbeza dengan Galaxy S10 dan Galaxy S10+, versi ini hanya membawakan sokongan dwi-kamera utama : 12MP + 16MP . Manakala, kamera hadapan dibekalkan dengan lensa 10MP. Melengkapinya adalah bateri berkapasiti 3,100mAh (melalui USB-C) di samping turut menawarkan sokongan pengecasan berbalik dan pengecasan tanpa wayar.

Peranti Lipat Samsung Diperkenal Secara Rasmi – Galaxy Fold ]

 

You might also like