
Peranti Lipat Samsung Diperkenal Secara Rasmi – Galaxy Fold

Seperti yang dijangkakan, Samsung secara rasminya telah pun memperkenalkan peranti boleh lipat mereka iaitu Samsung Galaxy Fold pada acara Galaxy Unpacked yang berlangsung sebentar tadi.
Samsung Galaxy Fold membawakan dua paparan iaitu 4.6 inci apabila dilipat untuk penggunaan telefon biasa dan skrin bersaiz 7.3 inci apabila dalam mod tablet.


Peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses 7nm, memori sebesar 12GB RAM dan storan 512GB berasaskan UFS 3.0. Galaxy Fold menggunakan bateri berkapasiti 4,380mAh bersama-sama dengannya.
Dalam mod tablet ia membolehkan pengguna menggunakan sehingga tiga aplikasi secara serentak sekaligus memudahkan proses multitasking.

Untuk kamera, ia membawakan enam kamera kesemuanya di mana sokongan tri-kamera di bahagian belakang, dua kamera di bahagian hadapan dan satu kamera pada single cover. Difahamkan, ia boleh merakam gambar dalam pelbagai mod.

Samsung Galaxy Fold membawakan tanda harga $1980 (kira-kira : RM 8,051) dan mula ditawarkan bermula April di Amerika Syarikat.
https://youtu.be/7r_UgNcJtzQ

