Uber Memperkenalkan Sistem Penarafan Dalam Kemas Kini Terbaru

Sejak kebelakangan ini, Uber menghadapi pelbagai masalah termasuklah tabiat buruk yang dilakukan oleh pemandu Uber sendiri. Justeru itu, pembangun aplikasi pengangkutan awam ini telah mewujudkan sistem penarafan untuk pemandu Uber. Anda sebagai penumpang boleh meletakkan bintang kepada pemandu tersebut di laman utama dengan menggunakan ikon burger yang disediakan. Langkah ini akan memastikan setiap pemandu dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan.

Selain itu, Uber juga memperkenalkan fungsi UberPool iaitu pemandu akan dilindungi oleh penarafan rendah oleh penumpang mengikut faktor-faktor seperti jalan yang panjang dan kelakuan yang tidak senonoh, ini bagi memastikan pemandu Uber yang berhemah tidak disalah anggap. Langkah ini juga tidak akan menggangu prestasi dan penarafan kepada pemandu yang berkelakuan baik. Kemas kini terbaru ini sudah mula disebarkan di seluruh dunia.

You might also like