Reviu Eksklusif: Acer Swift 3, Komputer Riba Ternipis Di Dunia

HARGA: RM 2,899

Kemajuan teknologi membolehkan pihak pengeluar melakukan sesuatu yang kita rasakan mustahil dilakukan pada suatu ketika dahulu. Dengan kerjasama Intel dan Microsoft, Acer berjaya menghasilkan komputer riba paling nipis di dunia, dengan ketebalan kurang daripada 1cm, sangat mengagumkan! Apa yang menariknya komputer riba ini? Nak tahu selanjutnya, ikuti reviu kami…

 

PAKEJ PEMBELIAN

PERBEZAAN SPESIFIKASI

Acer Swift 3 Acer Swift 7
Sistem Operasi Windows 10 Home 64-bit
Pemproses Intel Core i5-6200U 2.30GHz Intel Core i5-7Y54 1.20GHz
Grafik Intel HD Graphics 5500 Intel HD Graphics 615
Dimensi 340.4 x 236.2 x 17.8mm 324.6 x 229.6 x 9.98mm
Berat 1.5 kg (termasuk bateri) 1.1 kg (termasuk bateri)
Paparan 14 inci IPS
1920 x 1080 piksel
13.3 inci IPS
1920 x 1080 piksel
Memori Dalaman 256GB Solid State Drive 256GB Solid State Drive
Memori RAM 4GB 8GB DDR3 RAM
Bateri 3220mAh (sehingga 10 jam) 42.66 Wh 4-cell Li-ion dengan kapasiti bateri sehingga 9 jam
Sambungan 802.11a/b/g/nac wireless LAN, Bluetooth 4.0, 2 port USB Type-C, Mic/headphone/speaker jack
Harga RM 2,899 RM 4,999

 

FIZIKAL

Rekaan Premium
Sisi kiri
Sisi kanan

Dengan ketebalan 17.8mm serta berat hanya 1.5kg, Acer Swift 3 diperbuat daripada kerangka aluminium sepenuhnya.

Rekaan nipis

Potongan kerangka yang simetri serta bahagian hujung yang melengkung ini sedikit sebanyak berjaya memperlihatkan rekaan yang lebih premium dan elegan.

 

Paparan Skrin

Walaupun tampil dengan kerangka yang nipis dan ringan, Acer Swift 3 masih mampu memenuhi keperluan pengguna dengan sokongan paparan skrin berukuran 14 inci, yang mana lebih besar jika dibandingkan dengan komputer riba ultra-slim yang lain di pasaran.

 

Papan Kekunci Backlit

Papan kekunci dengan sokongan trackpad adalah dua komponen penting bagi pengguna yang sering melakukan tugasan kerja di komputer riba. Kami cukup berpuas hati dengan papan kekuncinya yang disusun di dalam layout yang normal. Malah kehadiran cahaya backlit pula memudahkan anda menaip walaupun ketika di dalam gelap.

 

CIRI-CIRI MENARIK

Pengimbas Cap Jari

Selain itu, ia juga datang dengan sedikit keistimewaan, Acer Fingerprint Reader dilengkapkan pada model ini bagi membolehkan pengguna mendapatkan ciri keselamatan yang terbaik.

Anda cuma perlu meletakkan jari anda pada pengimbas yang berada di bahagian bawah papan kekunci untuk log masuk ke dalam komputer, pantas dan efisien.

 

Ketahanan Bateri

Salah satu ciri-ciri menarik yang ada pada Swift 3, walaupun dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3220mAh, ia mampu bertahan lebih lama. Setiap kali mengecas penuh komputer riba ini, ia mampu bertahan lebih daripada 10 jam dengan penggunaan extreme seperti melayari Internet, menonton video, mendengar muzik, memuat turun dan juga melakukan kerja-kerja pejabat.

 

Teknologi Acer TrueHarmony

Jangan memandang rendah terhadap keupayaan Swift 3 kerana ia mampu menghasilkan audio berkualiti lantang. Kehadiran dua buah speaker diserikan lagi dengan teknologi Acer TrueHarmony, di mana anda boleh mendengar muzik, bermain permainan dan juga menonton video dengan bunyi kuat tanpa banyak distortion di kesan keluar dari speaker peranti ini.

Semak video kami!

 

Kelajuan Internet

Menonton video di YouTube, tiba-tiba terputus rangkaian Internet? Usah risau kerana melalui komputer riba ini, anda akan dibekalkan dengan rangkaian wayarles yang bagus. Kini anda boleh menikmati rangkaian wayarles 3 kali lebih pantas berbanding sebelumnya dengan adanya teknologi 2×2 802.11ac MU-MIMO.

 

ZONE UJIAN PRESTASI

Boot Time

Bagi menguji kepantasan komputer riba ini dihidupkan dan dimatikan.

▲ Acer Swift 3 mengambil masa kira-kira 8.5 saat sahaja untuk sedia digunakan.

▲ Manakala masa untuk shut down pula adalah kira-kira 3 saat.

 

Kelajuan Menaip

Kami juga telah mencuba sendiri ujian menaip menggunakan Swift 3, tidak dinafikan ia sebuah komputer riba produktiviti dan kami cukup berpuas hati dengan papan kekuncinya yang disusun dalam layout normal tanpa banyak modifikasi dari susun atur standard. Travel key papan kekunci ini juga sangat baik dan sesuai bagi mereka yang menaip dengan pantas.

 

CrystalDiskMark 5

Ujian terakhir adalah kelajuan membaca dan menulis data yang dilakukan melalui perisian CystalDiskMark. Berdasarkan skor yang dicatatkan oleh Swift 3, sememangnya komputer riba ini mampu beroperasi dengan baik bagi pengguna kelas profesional.

PCMark 8

▲ Skor ujian bagi suasana penggunaan di tempat kerja

▲ Skor ujian bagi suasana penggunaan di rumah

 

KOMEN EDITOR

Pro
  • Rekaan yang nipis memudahkan pengguna untuk membawanya keluar.
  • Diperbuat daripada bahan berkualiti serta rekaan yang segar merupakan daya utama pada komputer riba ini.
  • Papan kekunci yang selesa digunakan untuk menaip, ditambah dengan trackpad dan juga cahaya backlit.
  • Sokongan spesifikasi pemproses dan memori sangat membantu untuk kelancaran Acer Swift 3 dalam pelbagai tugas.
  • Kehadiran fungsi Acer Fingerprint Reader dapat menjaga privasi komputer riba anda daripada diceroboh.
  • Ketahanan bateri yang lama selain disediakan dengan mod penjimatan bateri untuk penggunaan seharian.

Kontra
  • Harga yang ditawarkan bukan untuk golongan mampu milik.
  • Spesifikasi yang disokong tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
  • Fungsi Acer Fingerprint Reader kurang responsif apabila disentuh setelah mengaktifkannya.
You might also like