
Seiring pelancaran rasmi siri Samsung Galaxy Note 10, syarikat tersebut turut muncul dengan penawaran terbaru untuk komputer riba iaitu Samsung Galaxy Book S. Menariknya mengenai komputer riba ini – ia elegan dengan penawaran jangka hayat bateri yang panjang.


Samsung Galaxy Book S membawakan paparan bersaiz 13.3 inci dan menggunakan Window 10 bersama sokongan rangkaian LTE secara terbina. Enjin dalaman peranti dikuasakan pemproses Snapdragon 8cx (7nm) dengan memori 8GB RAM serta storan sehingga 512GB.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=64&v=JiGkOVG73kc
Menariknya mengenai Samsung Galaxy Book S, ia menawarkan penggunaan dan jangka hayat bateri yang cukup panjang – Samsung mendakwa mampu bertahan sehingga 23 jam lamanya. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan peranti ini untuk pasaran tempatan.

