
Siri CPU Threadripper Generasi Ketiga Kini Diperkenal – Ketersediaan Bermula 25 November 2019
AMD kini mengumumkan ketersediaan siri CPU Threadripper generasi ketiga – AMD Ryzen Threadripper 3960X & AMD Ryzen Threadripper 3970X. Kedua-dua CPU ini dibina bagi memberikan prestasi terbaik buat semua peminat PC.

Barisan siri CPU terbaru ini mempunyai dua pemproses yang dibina berasaskan teras 7nm “Zen 2” – menawarkan sehingga 88 PCIe® 4.0 dan 144MB cache dengan kecekapan tenaga yang luar biasa. Ia juga dibina dengan jumlah teras dan bebenang kuasa cukup tinggi – 24 & 32 teras fizikal serta 48 & 64 bebenang kuasa. Bagi kelajuan, AMD Ryzen Threadripper 3960X memiliki kelajuan asas 3.8GHz, manakala Threadripper 3970X pula berkelajuan 3.7GHz.
Siri CPU Threadripper generasi ketiga didakwa menawarkan prestasi sehingga 66% kecekapan kuasa yang lebih baik dan kesemuanya bakal hadir ke pasaran secara global pada 25 November 2019.

